COVID-19 kena PKP/PKPB/PKPP dan pikir-pikir lagi nak kahwin ke tidak? Anda tak perlu risau dan rungsing lagi, kini nak kursus kahwin boleh duduk dirumah saja yang penting ikut syarat penganjur kursus kahwin. Nak daftar kursus kahwin pun mudah sebab semuanya boleh dibuat secara online sahaja – mudah kan? 🙂

Saya juga telah kongsi tentang info kursus kahwin dalam pos sebelum ni Cara Daftar Kursus Kahwin di Kuala Lumpur

Jadi untuk post kali ni, saya kongsikan Cara Daftar Kursus Kahwin Online Waktu PKP

1. KENAL PASTI PENGANJUR PUSAT KURSUS KAHWIN BERTAULIAH 

Untuk pengetahuan anda, Jabatan Agama Negeri telah melantik pengusaha Kursus Kahwin sebagai penganjur kursus kahwin. Pengusaha kursus kahwin ini telah diberikan satu permit khas untuk penganjuran kursus kahwin. Jadi, pastikan tempat kursus kahwin yang ada permit ini sahaja sebelum mendaftar kursus kahwin.

Tapi jangan risau, Pusat Kursus Kahwin di Kuala Lumpur berikut dapat bantu anda untuk kursus kahwin secara online.

✔ Kursus Kahwin Danau Kota

 Kursus Kahwin Manjalara

2. DAFTAR KURSUS KAHWIN

Seterusnya, Klik ‘Daftar Kursus Kahwin ONLINE’ untuk booking tempat anda di pusat kursus kahwin pilihan anda. Satu paparan akan keluar, sila baca maklumat mengenai Kursus Kahwin sebelum membuat pembayaran. Setelah pembayaran dibuat, team kursus kahwin akan menghubungi anda untuk pengesahan kehadiran anda.

Selamat berkursus kahwin! 🙂

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.