Kami Buat Website Murah. Tapi Bukan Website Nampak Murah.
Kalau anda sedang cari servis buat website murah, jangan tengok harga sahaja. Website ialah investment untuk kredibiliti, pemasaran dan bagaimana bakal pelanggan melihat bisnes anda.
Website Bukan Sekadar Nak Ada.
Website yang baik membantu bakal pelanggan kenal bisnes anda, faham apa yang anda tawarkan dan tahu tindakan seterusnya.
Tengok Nilai Sebenar Investment Anda.
Harga paling murah belum tentu kos paling rendah. Website yang tidak meyakinkan, susah digunakan atau gagal membawa pelanggan kepada tindakan boleh menjadi lebih mahal dalam jangka panjang.
Kredibiliti Bisnes
Sebelum pelanggan WhatsApp anda, mereka sedang menilai sama ada bisnes anda nampak diyakini, tersusun dan profesional.
Aset Digital Anda
Media sosial ialah platform orang lain. Website memberi bisnes anda satu pusat informasi yang anda sendiri boleh bina dan kembangkan.
Conversion & Lead
Setiap bahagian website sepatutnya membantu pelanggan bergerak daripada “saja tengok” kepada “saya nak tahu lebih lanjut”.
“Soalan sebenar bukan berapa murah website anda. Soalannya — adakah website itu membantu bisnes anda nampak lebih bernilai daripada harga yang pelanggan bakal bayar?”
Buat Website Murah Tak Bermaksud Kena Korbankan Kualiti.
Kami fokus kepada perkara yang betul-betul membantu website bisnes nampak kemas, mudah digunakan dan bersedia menerima pelanggan.
Design Profesional
Design disusun mengikut identiti dan objektif bisnes, bukan sekadar template kosong.
Mobile Responsive
Paparan disesuaikan untuk smartphone, tablet dan desktop supaya pelanggan lebih selesa.
SEO Ready
Struktur asas website disusun supaya lebih mudah difahami oleh enjin carian seperti Google.
WhatsApp Conversion
CTA dan flow pelanggan disusun untuk memudahkan visitor terus menghubungi bisnes anda.
Ringan & Fokus
Kami elakkan elemen berlebihan yang hanya mencantikkan page tetapi mengganggu pengalaman pengguna.
Support Selepas Siap
Pakej Landing Page Starter termasuk tempoh support selepas website dilancarkan.
Website Yang Pernah Kami Bina.
Antara projek website yang pernah dibangunkan oleh Pixellensa Studio.
Mulakan Dengan Apa Yang Bisnes Anda Perlukan.
Tak semua bisnes perlukan website yang kompleks. Kami boleh mulakan dengan landing page yang fokus, kemas dan mudah membawa visitor kepada tindakan.
Landing Page Starter
Bila Website Jadi Sebahagian Daripada Bisnes.
Antara perkongsian pelanggan Pixellensa Studio.
“Website membantu pelanggan Rayhanah untuk mendapatkan Madu Yaman dari Ejen dan Stokis sah dengan kami lebih mudah.”
“Branding sangat penting untuk jangka masa panjang. Memiliki website adalah salah satu inisiatif yang bagus.”
“Info tentang penjagaan kesihatan wanita dapat dikongsi dengan lebih mudah di website. Akses website bila-bila masa saja.”
Tak Perlu Tahu Coding.
Ceritakan tentang bisnes anda. Bahagian teknikal biar kami uruskan.
Cerita Bisnes Anda
Beritahu servis, produk, objektif dan apa yang anda mahu pelanggan lakukan.
Kami Cadangkan
Kami bantu cadangkan struktur website yang sesuai dengan objektif anda.
Design & Bina
Website dibangunkan dengan fokus kepada pengalaman pengguna dan mobile.
Review & Launch
Selepas semakan dan finalisasi, website bersedia untuk dilancarkan.
Sebelum Anda Buat Website.
Antara perkara yang biasanya ditanya sebelum pelanggan mula bina website bersama kami.
Pakej Landing Page Starter Pixellensa bermula daripada RM850. Harga akhir bergantung kepada skop dan fungsi website yang diperlukan.
Harga website boleh berbeza mengikut skop, design, hosting, support, customization dan fungsi yang diberikan. Sebab itu kami galakkan anda bandingkan nilai keseluruhan, bukan harga sahaja.
Ya. Website dibina dengan paparan responsive supaya kandungan dapat digunakan dengan lebih baik pada smartphone, tablet dan desktop.
Struktur asas website dibina dengan mengambil kira perkara seperti hierarchy kandungan, mobile usability dan elemen asas SEO. Ranking Google tetap bergantung kepada banyak faktor termasuk persaingan, kandungan dan usaha SEO berterusan.
Untuk Pakej Landing Page Starter semasa, domain dan SSD hosting termasuk dalam pakej tertakluk kepada terma dan keperluan projek.
Tak ada masalah. Isi borang ringkas di bawah dan pilih “Tak Pasti”. Kami boleh cadangkan pilihan berdasarkan jenis bisnes dan objektif anda.
Website Apa Yang Sesuai Untuk Bisnes Anda?
Isi beberapa maklumat ringkas. Selepas tekan butang, WhatsApp akan dibuka bersama maklumat anda supaya lebih mudah untuk kami faham keperluan projek.
Ceritakan Tentang Bisnes Anda
Ambil kurang daripada seminit.
Jangan Cari Website Paling Murah. Cari Yang Berbaloi.
Bina sesuatu yang boleh mewakili nilai bisnes anda apabila pelanggan pertama kali mencari, melihat dan mempertimbangkan anda.
Semak Website Untuk Bisnes Saya