Jangan pandang remeh dengan copywriting atau ayat jualan. Dengan hanya menggunakan ayat copywriting yang betul & efektif, anda boleh mengubah pelawat website atau media sosial menjadi pelanggan yang setia.
Sebelum ini saya ada berkongsi tentang 3 Kepentingan Buat Sales Page Untuk Bisnes Online Anda
Copywriting yang padu dan efektif juga boleh tingkatkan kadar pembelian atau conversion rate di website ecommerce anda.
Jadi untuk post kali ini, saya bincangkan 3 Cara Buat Copywriting Padu Buat Pelanggan Beli. Teruskan membaca.
1. Fokus Pada Masalah Pelanggan (Pain Points)
Untuk menarik perhatian pelanggan, anda perlu memahami masalah yang mereka hadapi dan menyampaikannya dalam copywriting anda. Pelanggan akan lebih cenderung untuk membeli jika mereka merasakan produk atau perkhidmatan anda dapat menyelesaikan masalah mereka.
Contoh:
Jika anda menjual produk penjagaan kulit, anda boleh menulis:
“Adakah kulit anda sering berminyak dan berjerawat, walaupun selepas mencuba pelbagai produk? Kami ada penyelesaian! Produk kami diformulasi khas untuk mengawal minyak dan mencegah jerawat tanpa merosakkan kelembapan semula jadi kulit anda.”
Dalam contoh ini, anda terus mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh pelanggan dan menawarkan penyelesaian.
2. Cipta Urgensi dan Kekurangan (Scarcity)
Manusia cenderung untuk bertindak apabila mereka merasakan mereka akan terlepas sesuatu yang berharga. Dengan mencipta rasa urgensi atau memberi gambaran bahawa produk anda terhad, anda boleh mendorong mereka untuk membuat keputusan pembelian dengan cepat.
Contoh:
“Hanya 10 unit terakhir! Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki jam tangan eksklusif ini dengan diskaun 50%. Tawaran tamat tengah malam ini!“
Dengan memberikan limitasi pada masa dan stok, pelanggan akan berasa perlu untuk segera bertindak sebelum terlepas peluang.
3. Gunakan Bukti Sosial (Social Proof)
Pelanggan lebih cenderung untuk membeli jika mereka melihat orang lain sudah mempercayai produk anda. Testimoni, review, atau cerita kejayaan pelanggan sebelumnya boleh membantu meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk anda.
Contoh:
“Lebih daripada 1,000 pelanggan telah berjaya menurunkan berat badan dengan program kami. Lihat apa yang mereka katakan:
‘Saya hilang 10kg dalam masa 3 bulan tanpa perlu berlapar. Program ni paling mudah diikuti!’ – Sarah, Kuala Lumpur”
Bukti sosial seperti ini membantu mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan anda, membuat mereka lebih berani untuk membuat pembelian.
Dengan menggunakan ketiga-tiga cara ini, copywriting anda akan lebih padu dan efektif dalam menarik perhatian pelanggan serta meningkatkan jualan.
Jangan lupa untuk sentiasa menulis dengan bahasa yang mudah difahami dan dekat dengan emosi pelanggan agar mereka merasakan hubungan yang lebih erat dengan jenama anda.
Nota kaki: Anda tak pandai nak buat Sales Page dan perlukan bantuan? Saya boleh bantu tapi slot sangat terhad memngikut keupayaan saya ya. 🙂
Klik butang dibawah!
Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee