Kursus Pra-Perkahwinan, Kursus Kahwin atau Kursus Perkahwinan telah lama diwajibkan oleh Jabatan Agama Negeri bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga atau ingin berkahwin.

Baca juga 5 Tips Menempah Kad Kahwin untuk yang sudah merancang perkahwinan.

 

Objektif utama kursus kahwin ini diadakan ialah memberi pendedahan tentang hal ehwal perkahwinan seperti:

1. Hukum Hakam dalam perkahwinan Islam.

2. Tanggungjawab pasangan suami dan isteri – Kekeluargaan.

3. Proses dan prosedur perkahwinan.

 

Jadi bila dah kahwin nanti, pengantin baru ‘takdelah’ ‘blur’ sangat kan. 😊

 

Jadi untuk post kali ni, saya kongsikan Cara Booking Kursus Kahwin ataupun Daftar Kursus Kahwin di Kuala Lumpur

1. KENAL PASTI LOKASI PUSAT KURSUS KAHWIN

Untuk pengetahuan anda, Jabatan Agama Negeri telah melantik pengusaha Kursus Kahwin sebagai penganjur kursus kahwin. Pengusaha kursus kahwin ini telah diberikan satu permit khas untuk penganjuran kursus kahwin. Jadi, pastikan tempat kursus kahwin yang ada permit ini sahaja sebelum mendaftar kursus kahwin.

Ada juga Jabatan Agama Negeri seperti Selangor yang menganjurkan kursus kahwin ini sendiri. Kebiasaannya perserta perlu buat tempahan / booking tempat awal untuk menunggu tarikh tertentu.

Tapi jangan risau, Pusat Kursus Kahwin di Kuala Lumpur ada banyak tempat untuk anda pilih.

  1. Kursus kahwin Danau Kota 
  2. Kursus kahwin Batu Caves
  3. Kursus kahwin Setiawangsa
  4. Kursus kahwin Taman Tun (Damansara/TTDI)

2. TENTUKAN JADUAL ANDA SEBELUM BOOKING KURSUS KAHWIN

Pusat kursus kahwin mempunyai dua waktu penganjuran:

a) Kursus Kahwin hujung minggu – Sabtu dan Ahad

b) Kursus Kahwin hari bekerja – Rabu dan Khamis

Berita gembira bagi yang tiada masa di hujung minggu Kursus Kahwin Danau Kota ada penganjuran pada hari berkerja.

Jadi boleh lah semak jadual anda dan pasangan/kawan-kawan sebelum booking kursus kahwin ye.

3. DAFTAR KURSUS KAHWIN

Seterusnya, Klik ‘Daftar Kursus Kahwin’ untuk booking tempat anda di pusat kursus kahwin pilihan anda.

Satu paparan akan keluar, sila baca maklumat mengenai Kursus Kahwin sebelum membuat pembayaran. 

Setelah pembayaran dibuat, team kursus kahwin akan menghubungi anda untuk pengesahan kehadiran anda.

 

Selamat berkursus kahwin dan selamat pengantin baru! 

P/s: Ini link untuk >>Daftar Kursus Kahwin Online<< slot terhad tau!

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.