Perkara pertama apabila bila nak berkahwin sudah pasti pasangan akan tentukan tarikh perkahwinan. Dari tarikh perkahwinan, benda wajib untuk dibuat ialah menempah kad kahwin. Dengan kad kahwin, semua maklumat majlis dapat disampaikan kepada tetamu.
Untuk post kali ni, saya akan kongsikan 5 Tips Menempah Kad Kahwin untuk bakal pengantin baru. Untuk yang belum pernah berkahwin perlu baca dulu sebelum membuat tempahan kad kahwin anda. Penting!
Baca juga Cara Daftar Kursus Kahwin di Kuala Lumpur bagi yang belum ada sijil kursus kahwin. Atau Klik untuk mendaftar kursus kahwin.
1. Tentukan Bilangan Jemputan
Bilangan jemputan perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum kad kahwin diedarkan. Nanti nasi minyak tak cukup pula bila terlebih jemputan. Gunakan kira-kira ringkas ini:
Nisbah Kad dan Jemputan : 1 kad x 3 pax
Jumlah Kad Kahwin untuk ditempah : 300 pcs
Angaran tidak hadir** : 20% (*mungkin kurang)
Anggaran Jemputan (A) : 300 x 3 pax = 900 pax
Angaran tidak hadir (B): 900pcs x 0.2 = 180 pax
Jumlah Anggaran kasar jemputan (A-B) : 900 pax – 180 pax = 720 pax
Anggaran mungkin berubah bergantung kepada majlis di musim percutian atau hari biasa.
2. Buat Tempahan Awal
Kebiasaanya pengusaha kad kahwin memerlukan masa 1-2 minggu untuk menyiapkan tempahan kad kahwin. Jadi, setelah tarikh ditentukan, seeloknya tempahan kad kahwin dibuat sekurang-kurangnya 2-3 bulan awal. Jika tempahan dibuat secara ‘last minute’ dikhuatiri cas tambahan akan dikenakan. Jadi bakal pengantin, ada masa juga untuk mengedarkan kad kahwin.
3. Pilih Tema Design Kad Kahwin
Pilih design kad kahwin yang bersesuaian dengan majlis. Jika warna tema majlis ialah merah, kad kahwin seeloknya berpadanan dengan warna merah. Bagi yang menempah pakej kad kahwin termasuk bunting, backdrop dan penunjuk arah, seeloknya memilih design yang memudahkan jemputan melihatnya.
4. Maklumat Kad Kahwin
Maklumat majlis perlu disemak dengan teliti sebelum dihantar untuk dicetak. Jika tersalah, anda mungkin perlu mencetaknya semula kerana boleh menyebabkan jemputan datang ke rumah tanpa sebab. Pastikan nama waris, nama pengantin, tarikh majlis, lokasi, aturcara adalah betul sebelum kad kahwin dicetak.
klkl
5. Tempah Sewaktu Promosi
Banyak pengusaha kad kahwin menawarkan promosi yang berbaloi dan menjimatkan. Cuba rebut peluang ini untuk mendapatkan tawaran seperti mengambil Pakej Kad Kahwin. Biasanya, banyak FREEGIFT yang boleh anda dapat dan tidak perlu lagi menempah secara berasingan.
Berita gembira untuk anda, kami juga menawarkan Pakej Kad Kahwin.
Anda berpeluang mendapat FREEGIFT seperti :
+FREE Kad Kahwin Digital (klik untuk lihat contoh)
+FREE Doorgift Sticker
+FREE Sampul Kad
dan lain-lain lagi mengikut tawaran semasa.
Hubungi kami untuk dapatkan tawaran ini!
Bagi yang belum ada sijil kursus kahwin boleh mendaftar Kursus Kahwin seperti dibawah.
Atau nak lagi mudah dapatkan CHECKLIST RINGKAS KAHWIN PERCUMA di link dibawah: