Bagi yang bekerja di pejabat ataupun pelajar yang banyak membuat ‘assignment’ pernah tak anda tercari-cari cara untuk ‘screenshot’ di computer atau laptop. Untuk post kali ni, saya akan kongsikan cara mudah screenshot di computer / laptop Windows 10 yang mungkin ada yang belum tahu lagi.
1. Menggunakan Fungsi Print Screen
Cuba lihat di ‘keyboard’ dan cari butang prt sc/ PrtScn / PrntScrn / PrintScr / PrtSc. Ini merupakan fungsi untuk ‘screenshot’ apa yang sedang anda lihat di screen monitor anda ketika itu.
Butang ni pula mempunyai 3 cara untuk memyimpan ‘screenshot’ tersebut.
a) Mengambil Screenshot Tanpa Menyimpan Sebagai File
Tekan butang Print Screen ‘prt sc’ di keyboard anda dan ada juga keyboard memerlukan anda untuk menekan butang gabungan fn + prt sc.
Selepas tekan anda, secara langsung screenshot telah disimpan di ‘clipboard’ yang anda juga tidak nampak kesannya lagi.
Sekarang, buka aplikasi seperti MS Paint ataupun MS Word. ‘Paste’ kan Screenshot tadi atau tekan butang Crtl+V untuk paste.
b) Mengambil Screenshot dan Menyimpan Terus Sebagai File
Cara screenshot ini hanya untuk Windows 8.1 – Windows 10 atau yang terbaru sahaja ye.
Caranya, Cuma menekan butang ‘windows’ + ‘prt sc’. Butang windows mempunyai symbol windows iaitu ada di bahagian bawah keyboard.
Sebaik saja tekan, screen monitor akan mengeluarkan ‘flash’ tapi mungkin juga ada yang tidak.
Sekarang, buka folder Pictures > Screenshots. Fail terus di simpan di situ dan boleh terus digunakan.
c) Mengambil Screenshot Window yang Aktif
Jika anda hanya mahukan screenshot window yang aktif sahaja, tekan butang fn+prt sc.
Selepas itu, paste kan di MS Paint atau MS Word sama seperti yang terdahulu.
2. Mengunakan Snipping Tool
Snipping Tool merupakan aplikasi yang sangat berguna daripada Microsoft Windows. Aplikasi ini percuma dan sudah diinstall dari awal untuk penguna windows. Memang memudahkan.
Anda cuma pergi ke search box dan taip Snipping Tool dan klik.
Terdapat 4 mode untuk mengambil screenshot seperti dirajah.
Selepas itu, klik new dan gerakkan mouse anda mengikut pilihan anda.
Save Snip untuk simpan atau Copy untuk simpan di clipboard untuk kegunaan seterusnya.
Untuk masa akan datang Windows merancang untuk mengalih aplikasi ni ke aplikasi Snip & Sketch.
3. Mengunakan Aplikasi Windows ‘Snip & Sketch’
Untuk mengaktifkan applikasi Snip & Sketch, tekan butang Window + Shift + S.
Klik icon ‘petak +’
Pilih kawasan yang diingini.
Buka snapshot tadi di bahagian notifikasi disebelah kanan.
Window Snip & Sketch akan terpapar untuk suntingan (editing). Setelah selesai klik save.