Website tanpa trafik ibarat rumah tanpa penghuni, jadi salah satu cara untuk mendapatkan trafik ke website anda adalah dengan berblogging. Terdapat pelbagai platform menyediakan fungsi blog. Salah satunya ialah WordPress sendiri mempunyai ciri-ciri blog ini.
Baca tentang 10 Cara Dapatkan Trafik Website Anda
Blog ni dalam bahasa mudahnya ialah tempat perkongsian dalam bentuk tulisan, gambar dan juga video. Contohnya lihat apa yang anda sedang baca ni.
Jadi untuk post kali ini, saya kongsikan 5 Cara Blog Bantu Bisnes Online Anda. Jom teruskan membaca.
1. Bina Trafik Website
Dengan berkongsi maklumat dalam bentuk konten seperti review, perkongsian, tips, dan sebagainya anda membuka peluang kepada pelanggan atau penguna diluar sana untuk lebih mengenali anda. Mereka pada kebiasaannya akan membuat carian di Google tentang masalah mereka hadapi. Jika blog anda menceritakan topik atau keywords sesuatu yang kena dengan pemasalahan mereka, tidak mustahil mereka akan menjumpai anda di Google.
2. Bina Trust
Setelah mereka membuat carian Google, artikel blog anda di senaraikan dalam hasil carian mereka. Mereka akan mula membaca blog anda tentang perkongsian anda. Dengan konten yang konsisten dari anda, secara tidak langsung mereka akan mula mempercayai anda. Ini juga membezakan anda dengan si ‘scammer’ bukan?
3. Bina Branding
Apabila mereka mula mempercayai anda dengan perkongsian di blog. Penguna anda akan mula menyedari jenama anda. Mereka akan mula berkongsikan dengan rakan-rakan dan keluarga mereka. Disitu branding anda mula dikenali ramai.
4. Tunjuk Kepakaran
Dari berkongsi diblog pengguna akan mula mengenali bisnes anda. Anda sebagai pemilik bisnes perlu mainkan peranan untuk membuktikan anda adalah pakar dalam bidang anda. Berkongsi dengan mereka bagaimana anda boleh membantu mereka dengan produk dan servis anda. Dengan artikel blog sendiri dapat menunjukkan yang anda pakar dalam bidang tersebut.
5. Bina Pengikut Setia
Dari mengenali anda di blog sehinggalah mereka mengikuti anda di media sosial. Anda berjaya membina komuniti anda sendiri. Tidak mustahil lagi bisnes anda akan terus relevan dan berkembang dimasa depan.
Proses ini mengambil masa tapi dengan usaha anda yang konsisten pasti berjaya!
Nota kaki: Anda pening kepala tak reti teknikal nak buat website ni dan tak sanggup nak buang masa lagi? Jangan risau saya boleh bantu anda. 🙂
Klik butang dibawah!
Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee