SEO atau SEARCH ENGINE OPTIMIZATION ialah bagaimana kita mengoptimakan website untuk mudah di indeks oleh enjin carian seperti GOOGLE, YAHOO dan sebagainya.

Senang ceritanya macam ni – bila orang GOOGLE ‘servis buat website di Kuala Lumpur’. GOOGLE akan mengeluarkan senarai carian keywords yang berkaitan dan relevant.

Sebelum ini saya ada berkongsi tentang 10 Cara Dapatkan Trafik Website Anda.

Jadi untuk post kali ini, saya bincangkan 5 Kepentingan SEO Untuk Bisnes. Teruskan membaca.

1. Keywords Berkaitan Bisnes

Jika saya menawarkan servis buat website atau design website, sudah pasti saya mahukan apabila bakal customer jumpa saya di carian GOOGLE mereka. Jadi ianya sangat penting jika sebagai usahawan untuk memastikan bisnes anda wujud di internet.

 

2. Brand Authority

Jenama atau brand bisnes yang anda bawa sangat penting dalam SEO. Apabila seseorang membuat carian di GOOGLE, mereka mungkin sedang membuat kajian tentang produk atau servis untuk menyelesaikan masalah mereka. Contohnya, jika Ali mempunyai masalah kulit yang teruk, dia akan membuat carian GOOGLE seperti ‘produk kulit sensitif’ atau ‘pakar kulit sensitif’. Disini pentingnya produk atau servis anda muncul di dalam carian GOOGLE bukan?

 

3. Jimatkan Kos Pemasaran

Kos pemasaran dapat dijimatkan dengan konten seperti artikel blog mengikut jenis niche yang produk anda selesaikan. Contohnya, produk anda menyelesaikan masalah jerawat tegar. Artikel seperti ‘5 Tips Penjagaan Muka Supaya Bebas Jerawat’ dapat membuatkan mereka ini terjumpa penyelesaian daripada bisnes anda di carian GOOGLE mereka.

 

4. Tingkatkan Reputasi

Apabila SEO website anda berjaya membuatkan mereka yang membuat carian GOOGLE menemui bisnes anda, secara tak langsung akan timbul TRUST. Ini kerana mereka lebih yakin dengan kewujudan bisnes anda, selain itu mereka mudah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang bisnes anda sebelum meneruskan tindakan selanjutnya.

 

 

5. Liputan Secara Global

SEO jika di buat dengan betul, carian keywords yang di sasarkan boleh meliputi secara Global. Contohnya, apabila pengguna membuat carian seperti ‘Review Iphone 12 pro vs Iphone 12 mini’. GOOGLE akan me-ranking-kan carian yang paling relevant dengan keywords tersebut. Hasil carian GOOGLE boleh menyenaraikan artikel, video, gambar dan sebagainya. Sekarang ni semua infomasi mudah nak dapat – semudah dihujung jari!

 

Nota kaki: Anda tiada masa untuk buat website sendiri dan perlukan bantuan? Saya boleh bantu tapi slot sangat terhad mengikut keupayaan saya ya!  🙂

Klik butang dibawah!

Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.