Ramai usahawan diluar sana masih bertanggapan, lebih mudah membuat ‘Facebook ads’ & close sales menggunakan WhatsApp berbanding mempunyai website/laman web sendiri. Kebanyakannya mengatakan hanya KEPERLUAN sahaja, bukannya KEWAJIPAN untuk bisnes/perniagaan. Untuk tujuan itu, saya akan bincangkan 5 kepentingan website untuk bisnes/perniagaan.

1. Meningkatkan Kepercayaan

Bayangkan majority masyarat di zaman sekarang telah celik IT, tahu mengunakan internet. Masa lebih banyak dihabiskan mengunakan ‘Smart Phone’ atau telefon pintar. Apabila mencari maklumat tentang sesuatu produk atau servis yang diingini cuma ‘Google’ bukan? Prospek lebih mudah percaya tentang sesuatu produk atau servis setelah mengetahui maklumat perniagaan tersebut dikongsi dengan jelas. Contohnya, fungsi produk, jenis servis, kebaikan produk dan lokasi perniagaan. Adakah kita sebagai pengguna mahu membeli atau mengunakan produk/servis jika tidak mempunyai kepercayaan kepada peniaga tersebut?

2. Maklumat Dapat dikongsi Mudah & Pantas

‘Tak kenal maka tak cinta’, maklumat tentang bisnes/perniagaan penting dalam memberikan kesedaran tentang kewujudan produk/servis yang ditawarkan kepada prospek. Kebanyakan usahawan lebih menggemari platform media sosial untuk berkongsi tawaran terkini mereka tetapi perlu ingat, media sosial mempunyai fungsi yang terhad mengikut platform tersendiri. Satu produk mungkin mudah untuk prospek faham, bagaimana jika banyak jenis produk/servis yang ditawarkan? Adakan kita rasa, prospek mahu menelaah satu per satu? Website kini lebih mudah diuruskan, produk/servis boleh dikategorikan mengikut kehendak dan lebih teratur. Ini memudahkan prospek untuk mengenali tentang produk/servis semudah klik link website dan ‘scroll’ sahaja. Mudah & Pantas!

3. Jimat Masa & Tenaga

Usahawan yang bijak adalah usahawan yang tahu menguruskan masa dan risiko dalam bisnes/perniagaannya. Jika tools/alatan utama dalam mengendalikan operasi peniagaan adalah ‘smart phone’ / telefon pintar untuk menjawab pertanyaan prospek – tidak 100% efektif. Melalui website, maklumat seperti FAQ, syarikat, produk/servis dan lain-lain boleh didapati tanpa perlu mengulang semula kepada prospek baru terutamanya. Malah, urusan jual beli dapat dibuat mengunakan system tempahan (e-commerce) dan pelbagai fungsi berkaitan bisnes dapat menyenangkan kedua-dua peniaga dan prospek dapat dilakukan. Tambahan, yang terbaik sekali masa anda untuk melayan kerenah dan perangai prospek boleh dikurangkan dengan banyak. Masa yang terluang boleh digunakan untuk aktiviti lain bukan?

4. Salesman & Pekerja Yang Setia

Layanan servis dan produk yang berkualiti mampu membuatkan prospek dan pelanggan sanggup ‘repeat order’ semata-mata hendak mendapatkan kesan yang sama terhadap mereka. Tidak kira makanan, pakaian, kosmetik atau sebagainya, apabila mereka berpuas hati maka harga tidak menjadi masalah lagi. Website berfungsi sebagai Salesman/jurujual atau pekerja anda yang setia kerana beroperasi 24/7 dalam memberi khidmat kepada prospek dan pelanggan. Website juga tidak mempunyai perangai seperti pekerja yang perlu diberi gaji, kadang kala sakit, perlu bercuti dan sebagainya. Di mana nak cari pekerja macam ni di zaman sekarang ni?

5. Mengembangkan Jenama di Mana-Mana Sahaja

Dengan adanya Salesman yang setia (website), sudah pasti kita mempunyai masa untuk focus kepada strategi pemasaran lain supaya brand/jenama bisnes dapat pergi lebih jauh. Terdapat pelbagai strategi pemasaran yang boleh dilakukan dengan adanya website sendiri. Antaranya, iklan, SEO, email marketing, content marketing dan sebagainya. Apabila jenama/brand kita sudah lekat di ingatan prospek dan pelanggan, tidak mustahil perniagaan/bisnes akan berkembang di dalam negara mahupun luar negara. Sudah terbukti oleh syarikat besar seperti Apple, Nike dan lain-lain, mereka juga bermula dari kecil sehingga kini brand/jenama mereka dikenali dan digunakan serata dunia. Jadi mengapa tidak kita mengikuti jejak mereka? Jadi, apa lagi alasan usahawan diluar sana? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. 🙂