Pada zaman sekarang ni majoriti sudah mempunyai ‘smartphone’ tidak kira usia muda mahupun tua, semuanya 24/7 mengunakannya.
Ada yang guna sekejap dah kehabisan bateri dan kerap mengecas smartphone. Ini tidak bagus untuk jangka hayat smartphone anda.
Jadi dalam pos kali ni, saya akan kongsikan 5 tips jimat bateri smartphone.
1. TUTUP ‘BACKGROUND APPLICATION’
Selepas membuka applikasi seperti Facebook, Instagram dan sebagainya pastikan tutup apps dengan betul atau sign out.
Ini sedikit sebanyak membantu apabila notifikasi applikasi di minimakan dan aktiviti applikasi tidak aktif.
2. TUTUP FUNGSI LOCATION DAN GPS
Pastikan fungsi ini ditutup selepas tidak digunakan. Kebiasaanya fungsi ini digunakan untuk applikasi tertentu seperti GoogleMaps dan Waze.
3. KURANGKAN TAHAP KECERAHAN
Pastikan kecerahan pada tahap minimum. Mungkin ada sesetengah smartphone mempunyai tetapan ‘auto’. Kecerahan mengunakan tenaga bateri yang banyak untuk semua applikasi.
4. TUTUP FUNGSI WIFI DI LUAR KAWASAN
Pastikan WIFI ditutup apabila di luar liputan. Ini kerana fungsi WIFI akan mencari ‘signal’ walaupun di luar liputan kawasan.
5. KURANGKAN MASA BERMAIN GAMES ONLINE
Applikasi streaming atau online menggunakan tenaga bateri yang banyak.