2Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. PTPTN mnyediakan kemudahan pinjaman pelajaran bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.  Bermula dari proses permohonan pinjaman, perjanjian ditandatangani untuk tempoh tertentu dan diakhiri dengan pembayaran semula pinjaman tersebut.

Kebiasaannya, PTPTN akan hantar surat pemberitahuan untuk tempoh pembayaran bermula. Tetapi apabila sudah bekerja, ramai yang rasa susah dan leceh sebab perlu ke kaunter PTPTN, alasannya  tiada masa dan sebagainya.

Oleh itu, saya kongsikan  cara mudah dan cepat untuk bayar PTPTN secara ONLINE mengunakan Maybank2u. Terlebih dahulu pastikan anda mempunyai akaun di Maybank2u ye.

Step 1

Pertama sekali layari laman sesawang / website :

https://www.maybank2u.com.my

Daftar masuk atau login mengunakan username dan password anda.

Step 2

Klik di bahagian PAY & TRANSFER

Di bahagian PAY TO – PILIH PAYEE > PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Step 3

Satu paparan akan muncul. Sila isikan maklumat/butiran pembayaran seperti jumlah bayaran, Nombor Kad Pengenalan dan No Telefon anda. Isikan maklumat dengan betul dan klik butang ‘Pay’

Step 4

Semak maklumat dengan betul, jika yakin buat pengesahan
pembayaran mengunakan TAC no. Klik REQUEST FOR TAC dan TAC no akan dihantar ke
no telefon yang berdaftar dengan account anda.

Masukan no TAC dan KLIK CONFIRM

SELESAI! TAHNIAH anda telah menjalankan tanggungjawab anda sebagai peminjam PTPTN.

Semak status pembayaran anda di:

https://www.ptptn.gov.my/ionline

Update pada 26 July 2020 : 

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai PTPTN anda juga boleh rujuk link berikut :

https://www.ptptn.gov.my/faq-bayaran-balik-side/faq-bayaran-balik-pinjaman-pendidikan

 

 

Anda mungkin juga berminat untuk membaca CARA SEMAK BIL TNB SECARA ONLINE (BIL ELEKTRIK)

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.