Landing page juga merupakan salah satu jenis website. Tetapi Landing Page Jualan lebih spesifik kepada satu objektif untuk sesuatu produk atau servis ditawarkan. Sebelum ini saya ada berkongsi tentang 5  Cara Buat Website Untuk Bisnes Anda.

Landing Page Jualan sangat penting untuk tingkatkan conversion dalam apa-apa jenis bisnes. Sebab ianya lebih kepada 1 page berbanding website biasa kita lihat yang mempunyai banyak menu. Jadi pelanggan lebih senang untuk hadam info dan buat tindakan selanjutnya.

Jadi untuk post kali ini, saya bincangkan 3 Cara Landing Page Membantu Tingkatkan Jualan. Teruskan membaca.

1. Objektif Yang Bersasar

Landing page yang berkesan memerlukan objektif yang bersasar. Jika anda mempunyai produk atau servis. Pastikan anda tahu siapakah bakal pelanggan anda seperti umur, jantina, kerjaya, minat dan demografi yang bersesuaian dengan produk dan servis anda tawarkan.

Contohnya:

Produk Anti Jerawat X

Masalah : Jerawat melampau

Target umur: 15-26 tahun

Jantina : Perempuan(majoriti)

Perkerjaan : Student/Bekerja

Minat : Kecantikan / Penjagaan Kulit

 

2. Headline Yang Memukau

Anda dah tahu apa objektif Landing Page anda di point 1, seterusnya anda perlukan HEADLINE yang memukau pelanggan anda. Bukan mudah nak dapatkan perhatian orang tambah pula pelbagai jenis iklan muncul setiap hari.

Headline yang memukau mampu membuatkan bakal pelanggan anda untuk terus ke landing page anda sebelum mereka menelaah info produk dan servis anda.

a. Ada Jerawat?

b. Stress Ada Jerawat Banyak?

c. Stress Ada Jerawat Banyak Sampai Muka Tak Cantik & Malu Sangat?

Yang mana lebih menarik perhatian anda?

 

3. Copywriting Yang Meyakinkan

Bila dah lepas point 2, headline anda membuatkan bakal pelanggan untuk menekan link landing page anda. Kerja belum selesai lagi ye.

Copywriting jualan juga sangat penting:

a. Info yang kena dengan masalah pelanggan

b. Ciri-ciri dan Manfaat produk / servis anda tawarkan

c. Solusi kepada pelanggan

d. Testimoni / Review pelanggan terdahulu

e. Tindakan selanjutnya untuk dapatkannya.

 

Cukup semua ini, tugas anda adalah untuk pastikan produk & servis anda betul-betul dapat bantu pelanggan anda. Jangan terlebih janji dah la ye! Yang penting sekali, kumpulkan maklumat atau database pelanggan anda untuk kempen pemasaran anda dari Landing Page ini.

 

Nota kaki: Anda tak pandai nak buat Landing Page dan perlukan bantuan? Saya boleh bantu tapi slot sangat terhad memngikut keupayaan saya ya.  🙂

Klik butang dibawah!

Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.