Dah masuk ke tahun 2025, tapi masih belum buat website untuk bisnes anda tersangatlah rugi. Kenapa saya ada share dalam post sebelum ini. Baca tentang 5 Kepentingan Website Untuk Bisnes

Sekarang ni, semuanya gunakan sistem atas talian (online) untuk urusan yang lebih cepat, efektif dan menjimatkan masa malah memudahkan kerja seharian. 

Sebagai usahawan tugas utama kita adalah untuk menyelesaikan masalah pelanggan kita. Tapi bagaimana anda nak membantu jika mereka tak dapat mencari anda. Jadi ONLINE PRESENCE adalah tersangat penting untuk bisnes anda. Jadi untuk post kali ini, saya kongsikan 5  Cara Buat Website Untuk Bisnes Anda.

1. Do It Yourself (DIY)

Anda seorang yang rajin, nak jimat kos dan banyak masa untuk diluangkan maka pilihan pertama adalah membuat website sendiri. hehe

Terdapat pelbagai jenis aplikasi online yang anda boleh pilih untuk membina website anda secara DIY dan website ni mengunakan ‘tools’ yang mudah untuk anda gunakan dan tak memerlukan kemahiran teknikal.

  1. WEEBLY
  2. SQUARESPACE

Saya ada kongsikan juga di post saya sebelum ni Cara Buat Website Percuma

Pros : Anda dapat apa yang ada lihat saja dan mudah dipelajari.

Cons : Tak boleh nak custom sangat terhad ikut apa yang tersedia, jika guna yang percuma anda hanya dapat sub-domain seperti https://namakedaianda.weebly.com

2. Platform Online (DIY)

Selain applikasi DIY yang disebutkan diatas, terdapat juga applikasi ONLINE yang juga menawarkan fungsi borang tempahan dan ecommerce. Anda hanya perlu langgan untuk mengunakan fungsi yang disediakan.

Tugas anda hanya perlu masukkan sahaja maklumat produk dan servis anda. Salah satunya adalah:

1. OnPay.my

2. OrderSini

Untuk gunakan platform ni perlukan langganan secara bulanan dan juga tahunan. Fungisnya cukup untuk gunakan untuk dapatakan tempahan secara online.

 

3. Belajar Sendiri

Jika anda blur dan tak tahu nak mula buat website dari mana, pilihan terbaik boleh berguru dengan cikgu yang pakar mengenai bidang ini. Pelbagai pilihan untuk belajar sendiri seperti:

  1. Belajar di Youtube – percuma jer
  2. Hadiri kursus bina website – berbayar
  3. Langgan video kursus bina website – berbayar

Anda yang jenis suka belajar benda baru sesuai cara ni. Sebab apa perlu tahu teknikal dan juga creativiti.

 

4. Bina Website Bisnes Dengan WordPress

Buat website dengan platform WordPress ni memang popular dan bukan benda baru lagi.

Membina website Bisnes dengan WordPress anda perlukan :

1. Dedikasi yang tinggi untuk belajar teknikal dan design.

2. Beli Hosting dan domain.

3. Install WordPress.

Untuk lebih details caranya boleh juga search di YouTube, banyak tutorial yang tersedia.

 

5. Upah Web Designer

Jika anda usahawan yang bijak, ini adalah pilihan yang berbaloi untuk mengembangkan bisnes anda. Kenapa? Anda tidak perlu belajar A-Z seperti developer dan designer website untuk dapat result yang TERBAIK dan BERKESAN.

Mereka ni lebih PAKAR dan ARIF dengan bidang ini, anda cuma perlu upah saja ‘freelancer’ atau agensi website. Upah untuk membina website bergantung kepada keperluan bisnes anda.

Kadar upah bermula dari RM1,500 sehinggalah ke puluhan ribu mengikut jenis website yang ingin dibangunkan.

 

Nota kaki: Anda pening kepala tak reti teknikal nak buat website ni dan tak sanggup nak buang masa lagi? Jangan risau saya boleh bantu anda. 🙂

Klik je butang dibawah kita bincang!

Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.