Dah lama berniaga offline tapi masih tak buat website untuk bisnes lagi? Rugi sangat sebab dah tahun 2020 ni, majoriti pengguna boleh dikatakan dah pandai menggunakan platform online.

Alasan yang biasa kita dengar bila nak buat website:
“Mahal nak upah designer buat website…”
“Tak reti la nak buat dan belajar sendiri…”
“Takda masa nak buat, sibuk dengan bisnes…”

Website ini boleh dikatakan penting untuk bisnes seperti pos saya sebelum ini.

Baca 5 Kepentingan Website Untuk Bisnes

Jadi untuk post kali ini, saya kongsikan Cara Buat Website PERCUMA. Ye PERCUMA je! Berikut adalah video bagaimana anda boleh buat website secara PERCUMA. Jadi tiada lagi alasan tiada modal untuk upah designer buatkan ye!

5 LANGKAH BUAT WEBSITE PERCUMA

1. LAYARI WEBSITE WEEBLY

Mula-mula, layari website Weebly

 

2. BUKA ACCOUNT WEEBLY

Klik sign up dan ikoti langkah yang diminta. Isikan maklumat anda dan password.

 

3. PILIH TEMA WEBSITE

Pilih website yang anda inginkan info atau kedai online (edagang).

Selepas itu, pilih tema website yang menepati cita rasa anda.

 

4. MULA DESIGN WEBSITE

Gunakan tools yang di berikan untuk mula design website anda.

Cuma tukar maklumat yang template disediakan je.

Jika ada gambar sendiri boleh muat naik juga.

Ada bahagian yang anda rasa tak perlu boleh ‘delete’.

 

5. PUBLISH WEBSITE

Jika anda dah berpuas hati dengan design anda buat. Langkah terakhir ialah PUBLISH website anda.

Klik ‘publish’ dan anda boleh pilih subdomain yang anda inginkan  (ini PERCUMA)

Contoh:
https://namakedaianda.weebly.com
(ini hasil dari yang saya buat)

Tahniah, dah siap buat website percuma anda sendiri!

 

P/s : Tetapi jika anda mahukan khidmat profesional untuk buat design website custom mengikot niche bisnes anda boleh juga hubungi saya ye. Tapi slot sangat limited untuk yang terpilih saja tau! 🙂

Baca juga Cara Daftar Kursus Kahwin di Kuala Lumpur

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.