Anda dah ada bisnes/peniagaan tapi masih belum daftar SSM lagi? Atau anda baru je nak buat bisnes tapi belum daftar SSM? (SSM tu singkatan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.)

Soalan yang selalu buat peniaga tertanya-tanya:
1. Kenapa nak daftar SSM pula?

2. Nak buat apa bila dah daftar SSM ni?

3. Daftar SSM ni boleh bantu bisnes ke?

Jadi untuk post kali ini, saya bincangkan 3 Langkah Mudah Daftar SSM Secara Online Untuk Bisnes Anda. Teruskan membaca.

1. Tentukan Nama Bisnes Anda

Kenapa bisnes perlu daftar SSM ?

Jawapannya ringkas, anda nak buat bisnes tapi orang tahu pun yang anda ni siapa. Jadi senang-senang je orang boleh anggap anda ni SCAMMER!

Jadi sebelum daftar SSM anda perlu tentukan nama bisnes anda atau senang cerita branding anda. Contoh: Pixellensa Studio, Pixellensa Enterprise, Pixellensa Global, Pixellensa Beauty dan sebagainya.

Jika tiada idea, guna saja nama penuh atau nama anda sebagai nama bisnes anda. Contoh: Eddie Website Design, Al-Hameed dan sebagainya.

 

2. Layari website SSM

Dah siapa pula SSM sampai nak kena daftar?

SSM tu singkatan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dan nak berdaftar dengan SSM anda perlu guna sistem ​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​EzBiz Online. Info lanjut boleh rujuk di link ini.

OK next step anda perlu terus ke laman web EzBiz Online​​​

 

3. Daftar Akaun SSM

Daftar SSM ni boleh bantu bisnes ke?

Sudah pasti membantu bisnes anda, bila pelanggan tahu bisnes anda berdaftar sudah pasti lebih PERCAYA, selain itu bila nak buat akaun bank semasa pun bank perlukan dokumen SSM ni.

Untuk daftar SSM online ni, anda hanya perlu ikot step semasa mendaftar.

a. Pendaftaran Akaun SSM :

1. Tekan “Sign Up”.
2. Isikan semua maklumat dan selepas selesai, tekan “Register”.
3. Seterusnya isikan maklumat yang dikehendaki dan Tick di bahagian “Declaration”. Selepas selesai, tekan “Save”.

4. Satu email akan diterima dan teruskan langkah akhir.

b. Pemohonan Pendaftaran Perniagaan Baru

1. Login semula ke sistem EzBiz Online​​​

2. Pergi ke menu dan klik ‘My Business Services’
(a) Klik “New Business”

3. Isikan maklumat berkenaan bisnes anda seperti yang diminta mengikut jenis bisnes anda.

4. Setelah selesai membuat semakan, klik butang “Submit
Payment” untuk proses pembayaran dan pilih mod pembayaran yang berkenaan.

Selebihnya anda boleh dapatkan dalam sistem EzBiz Online​​​.

Itu saja mudah je sebenarnya kalau anda buat. Jadi jom daftar bisnes anda sekarang!

Anda mungkin berminat tentang 3 Cara Landing Page Membantu Tingkatkan Jualan.

Nota kaki: Anda tak pandai nak buat Website dan perlukan bantuan? Saya boleh bantu tapi slot sangat terhad memngikut keupayaan saya ya.  🙂

Klik butang dibawah!

Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.