Dah berbisnes online tapi masih lagi belum ada website sangatlah rugi. Di waktu yang mencabar ni boleh dikatakan semua telah bertukar kepada online untuk mengurangkan jangkitan wabak COVID-19. Hampir majoriti rakyat duduk dirumah atau bekerja dari rumah. Jadi potensi bisnes online sangat mengalakkan.
Sebelum ini saya ada berkongsi tentang 5 Tips Pilih Nama Domain Untuk Website 2021.
Jadi untuk post kali ini, saya bincangkan 5 Kepentingan Website Untuk Bisnes Online. Teruskan membaca.
1. Salesmen 24 jam tanpa rehat
Tak dapat dinafikan lagi, ada masa kita tak dapat nak balas WhatsApp pelanggan dan terima panggilan setiap masa. Dengan info atau maklumat yang cukup website dapat membantu anda berkongsi dengan pengguna atau pelanggan anda.
2. Pekerja setia anda selamanya
Pekerja adalah manusia, ada masa mereka akan sakit mahupun berhenti. Tetapi dengan adanya website dimasa pekerja anda tiada, pengguna masih dapat akses maklumat tentang produk dan servis anda.
3. Milik anda dan cara anda
Tidak seperti platform media social anda terikat dengan polisi tertentu untuk membuat sesuatu posting. Jika mengikut polisi tersebut anda silap-silap boleh di ‘ban’. Berbeza dengan website bisnes anda lebih bebas untuk melakukan fungsi yang lebih custom mengikut kehendak anda. Asalkan tidak melanggar undang-undang ye!
4. Tingkatkan kepercayaan
Dengan website kepercayaan pengguna atau pelanggan terhadap bisnes anda lebih tinggi dengan adanya nama domain bisnes anda sendiri. Contohnya, pixellensa.com atau namajenamaanda.com. 80% pelanggan ingin lebih tahu tentang produk anda sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli dengan anda. Jadi mereka akan membuat carian Google terlebih dahulu. Ini membezakan anda dengan si ‘scammer’ dan lebih mendahului pesaing anda.
5. Jimatkan masa dan tenaga
Jika semua info atau maklumat tentang bisnes anda mudah didapatkan oleh pengguna atau pelanggan anda seperti ciri-ciri, manfaat sehinggalah cara untuk membeli. Kerja anda akan lebih mudah dan menjimatkan masa dan tenaga. Website ecommerce biasanya mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk sesebuah bisnes.
Tugas anda sebagai pemilik bisnes akan lebih sistematik dengan mengoptimakan penggunaan teknologi sedia ada dan makin berkembang dari semasa ke semasa. Jadi jangan ketinggalan disebabkan sikap tidak mahu belajar lagi!
Nota kaki: Anda tiada masa untuk buat website sendiri dan perlukan bantuan? Saya boleh bantu tapi slot sangat terhad mengikut keupayaan saya ya! 🙂
Klik butang dibawah!
Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee