Nak buat website tapi tiada idea nak pilih nama domain website anda? Penting ke nama domain ni, tak boleh ke buat je apa-apa pun? Jawapan dia ialah SANGAT PENTING!

Sebelum ini saya ada berkongsi tentang 5  Cara Buat Website Untuk Bisnes Anda.

Nak mudahkan kefahaman nama domain website ni ibarat alamat rumah kita, manakala hosting pula adalah rumah kita. Jadi jika pemilihan nama domain yang kurang sesuai atau tidak tepat boleh membuatkan anda tetamu keliru dengan apa yang anda ingin tawarkan.

Jadi untuk post kali ini, saya bincangkan 5 Tips Pilih Nama Domain Untuk Website 2021. Teruskan membaca.

1. Jelas dan Mudah

Domain name website anda mestilah sesuatu yang membuatkan prospek dan pelanggan anda mudah untuk baca, sebut dan ingat. Jadi nama domain yang terbaik sekali 2 suku kata dan tidak lebih dari 3 suku kata. Ataupun 2 patah perkataan mengikut kesesuaian bisnes anda. Ini juga membantu untuk anda buat pilihan untuk jenama anda.

Contoh 2 suku kata :

adidas.com, apple.com, lazada.com, pixellensa.com

Contoh 2 patah perkataan :

bisnesshopee.com

bisneslazada.com

emailbajet.com

Elakkan : kedaikasutadidasmalaysia.com, kedaitomyumseafoodmekmelati

 

2. Mengikut Niche Bisnes

Jika anda bercadang untuk mensasarkan hanya sasaran mengikut jenis pemasalahan anda selesaikan. Pastikan nama domain dipilih relevan dan sesuai dengan bisnes anda.

Bisnes : Web Design

Contoh : servisbuatwebsite.com

Elakkan : beli123.com (tiada kaitan dan membuatkan orang rasa tertipu )

 

3. Tidak Mengelirukan

Elakkan menggunakan nama domain website yang mengelirukan. Contohnya, moookabuku.com, belisatuduatiga, carzrentz.com.

Apabila nama domain website anda susah nak dieja dan disebut, maka berlakulah typo dan apabila dicari oleh prospek / pelanggan tidak dapat dijumpai.

 

4. Senang di Promosi

Nama domain website yang bagus adalah ianya mudah digunakan untuk tujuan promosi. Tidak kira dimana pun anda promosikan di media sosial, media cetak, banner, banting, sticker dan sebagainya.

Bila senang digunakan seperti mudah baca, sebut, dan ingat, secara automatiknya ianya mudah di war-warkan oleh orang ramai.

 

5. Extension Yang Bersesuaian

Extension untuk nama domain website tu ialah perkataan selepas nama anda tetapkan tadi.

.com

.com.my

.my

.net

.org

dan banyak lagi.

Saya cadangkan guna (.com) untuk pengunaan lebih global. Manakala (.com.my) atau (.my) (hanya boleh dibeli oleh syarikat berdaftar di Malaysia sahaja) untuk lebih kepada penjenamaan lokal.

 

BONUS

Sebelum buat pilihan senaraikan dulu sebanyak boleh untuk memudahkan anda buat keputusan.

Selepas itu, buat semakan untuk dapatkan nama domain website anda masih ada atau tidak. Anda boleh check disini.

Jika tiada tahniah anda berjaya untuk teruskan pembelian nama domain untuk website anda!

 

Nota kaki: Anda tak pandai nak buat Landing Page dan perlukan bantuan? Saya boleh bantu tapi slot sangat terhad mengikut keupayaan saya ya.  🙂

Klik butang dibawah!

Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.