Anda nak buat website tapi tertanya-tanya apa yang perlu tahu sebelum upah mana-mana web designer atau web developer? Teruskan membaca.

Baca juga tentang 5 Kepentingan Website Untuk Bisnes

Pada waktu sekarang ni buat website bukan lagi benda yang pelik lagi malah boleh dikatakan rugi jika tak buat webiste. Jadi saya kongsikan 5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Buat Website

1. Produk dan Servis Solusi Kepada Masalah Pengguna

Jangan fikir bila dah buat website terus ada ‘sales’ kalau anda sendiri belum pasti tentang apa masalah pengguna sekarang selalu hadapi.

Sebelum menjual anda mesti tahu siapakah sasaran utama yang anda ingin bantu selesaikan masalah atau isu mereka. Sebabnya, setiap masalah pasti ada jalannya.

Contoh: Pixellensa Studio menyediakan servis buat website untuk usahawan yang sibuk 24jam membina bisnes.

 

2. Tentukan Nama Jenama/Brand Produk dan Servis

Nak buat website tapi jenama pun masih belum ada lagi. Jadi, pastikan anda tentukan nama jenama atau brand anda ingin bawa sepanjang bisnes dijalankan. Ini penting untuk membezakan anda dengan pesaing anda.

Contoh: Pixellensa studio, Pixellensa Beauty, Mc Donald dan KFC.

Buat kajian terlebih dahulu tentang nama yang akan dipilih sebelum tentukan. Silap-silap nanti anda terpilih nama yang telah dilabel sebagai cap dagang bisnes lain. BAHAYA!

3. Design Logo Jenama

Nama jenama/brand dah ada, seterusnya wajib ada logo sebagai identiti bisnes anda. Ni untuk memudahkan pelanggan ingat anda tentang apa bisnes anda boleh bantu selesaikan masalah mereka.

Logo tak perlu yang ‘pelik-pelik’ sangat dan buat ringkas cukup sekadar buat orang senang ingat. Paling mudah gunakan ‘perkataan’ saja. Contoh, Pixellensa Studio hanya mengunakan huruf P dan L. Guna saja apps yang free jika nak mudah.

Jika ada bajet dan tak pandai design boleh upah mereka yang pakar dan profesional dalam bidang grafik.

 

4. Info Produk/Servis yang Lengkap

Pastikan anda mempunyai maklumat produk atau servis yang lengkap seperti:
• Gambar produk/servis,
• Video produk/servis,
• Kebaikan produk/servis
• Testimoni pelanggan
• Nombor untuk dihubungi
• Alamat premis (jika ada)
• Dan lain-lain berkenaan servis dan produk anda

 Apabila maklumat yang lengkap ni ada, kerja buat website akan lebih cepat, pantas, dan mudah kepada web designer atau web developer anda. Saya sendiri sebagai web designer paling suka part ni. Tak perlu tunggu-tunggu boleh terus design.

 

5. Bajet Pemasaran

Untuk permulaan, seelokanya anda cipta dahulu akaun media sosial yang percuma seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Bina followers anda di sini sebelum teruskan ke langkah seterusnya.

Jika anda mempunyai bajet untuk membuat website anda boleh upah web designer dalam lingkungan upah yang bermula dari RM2,500. Upah berbeza mengikut pengalaman, portfolio designer, dan fungsi website.

Selain itu, untuk dapatkan trafik ada boleh buat pelbagai cara dan strategi untuk menghebahkan kepada seramai mungkin tentang produk dan servis anda. Ada berbayar ada juga yang percuma.

 

Nota kaki: Anda pening kepala tak reti teknikal nak buat website ni dan tak sanggup nak buang masa lagi? Jangan risau saya boleh bantu anda. 🙂

Klik butang dibawah!

Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.