Sebelum buat website perkara penting yang selalu saya tekankan adalah Proses Buat Website itu sendiri. Setiap Web Designer dan Web Developer mungkin ada cara kerja yang berbeza mengikut keselesaaan masing-masing. 

Baca tentang 5  Cara Buat Website Untuk Bisnes Anda

Pentingnya anda fahami proses buat website ni untuk mendapatkan kata setuju untuk meneruskan urusniaga atau kerjasama menyiapkan sesebuah website. 

Meh saya cerita serba sedikit 5 Proses Saya Buat Website Untuk Client supaya anda dapat gambaran tentang kerja Web Designer ni.

1. Konsultasi Awal

Selepas berhubung saya sebagai web designer akan bertanyakan berberapa soalan tentang bisnes yang dijalankan. Solusi yang terbaik akan dicadangkan kepada bisnes owner mengikut kesesuaian bisnes. Contohnya, jika ada masalah letih melayan WhatsApp customer solusi yang sesuai mungkin bermula dengan landing page atau sales page.

Dari konsultasi awal, saya akan keluarkan satu sebut harga untuk rujukan lebih lanjut.

 

2. Design & Development

Selepas persetujuan dibuat maka deposit dibuat oleh pemilik website sebagai tanda mula upah buat website. Maka web designer akan mula kerja persediaan seperti menyediakan domain dan hosting.

Pemilik website pula akan menyediakan content seperti logo, gambar-gambar berkaitan produk dan servis. Lakaran atau draft awal akan dibuat dan perbincangan bersama akan dibuat melalui WhatsApp, tele-conference atau video meeting.

 

3. Draft & Review

Dengan mengikut layout atau draft awal terdahulu yang dipersetujui, satu link sementara akan dikongsi untuk rujukan dan komen dari pihak pemilik website. Beberapa revisi akan dibuat mengikut komen. Perbincangan dibuat untuk memastikan kedua belah pihak mencapai objektif awal pembinaan website.

 

4. Website Launching

Beberapa ujian atau testing akan dibuat untuk memastikan website tiada sebarang masalah untuk digunakan secara umum. Fungsi-fungsi seperti chat link WhatsApp, system e-commerce dan sebagainya akan di uji kedua belah pihak. Setelah semuanya OK, barulah website secara rasmi akan di lancarkan.

 

5. Tempoh Sokongan

Setelah website dilancarkan untuk umum, satu tempoh sokongan akan bermula mengikut pakej yang dipersetujui. Sebarang isu berbangkit akan dimaklumkan dan di selesaikan oleh kedua buah pihak. Ada pakej memerlukan latihan pengendalian seperti ecommerce, ada juga pakej untuk sokongan maintenance dan update.

Itulah ringkasan 5 Proses Saya Buat Website Untuk Client. 🙂

 

Nota kaki: Anda pening kepala tak reti teknikal nak buat website ni dan tak sanggup nak buang masa lagi? Jangan risau saya boleh bantu anda. 🙂

Klik butang dibawah!

Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.