Saya pasti kita sebagai pengguna banyak membuat carian tentang sesuatu produk atau servis di Google. Untuk mendapatkan kepastian dan kepercayaan kita akan mengkaji seperti website, media sosial dan terus menghubungi peniaga berkenaan. 

Baca tentang 5 Kepentingan Website Untuk Bisnes

Jadi sebagai pemilik bisnes perlu mengambil inisiatif ini untuk mengoptimakan pengunaan di Google. Untuk post kali ini, kita bincangkan 5 Sebab Pemilik Bisnes Mesti Berkawan Dengan Google.

1. ENJIN CARIAN TERBESAR DI DUNIA 

Majoriti penguna internet di dunia mengunakan GOOGLE untuk membuat carian tentang pemasalahan dan kemuskilan mereka.

Saya sendiri akan meng-google dulu jika tak tahu nak menukar lampu syiling.hehe

 

2. AKSES CARIAN PERCUMA 

Tiada bayaran dikenakan untuk setiap kali kita membuat carian di Google.
Malah, kita boleh mengunakan hampir ke semua applikasi daripada Google dengan PERCUMA!

Jadi kenapa tak guna sebaik mungkin?😅

 

3. RANKING-KAN BISNES SECARA LOKAL 

Bila majoriti mengunakan Google untuk membuat carian. Secara tak langsung bisnes yang berada di Google akan di ‘ranking’ mengikut carian penguna.

Jika Google je jumpa bisnes anda, tidak ke itu sesuatu yang BAGUS?

Jadi rugi kepada pemilik bisnes yang tidak wujud di Google!

 

4. FUNGSI LOKASI GOOGLE MAP 

Adakah kita masih melihat PETA bercetak pada masa sekarang ni? Sudah pasti kita akan merujuk kepada applikasi GOOGLE MAPS atau WAZE bukan?

Dengan wujudnya lokasi bisnes di Google ianya sangat memudahkan pelanggan anda bukan?

 

5. DAPATKAN TRAFIK LEADS KE WEBSITE ANDA

Daripada carian di Google, secara tak langsung Ali akan jumpa artikel berkenaaan dengan ‘carian’ Ali tadi.

Contohnya : “Servis Buat Website” dan Ali terjumpa Pixellensa Studio di halaman pertama dan terus ke website pixellensa.com

Dari situ Ali mula membaca info dan terus berhubung. Tak tidak mustahil akan membuat tempahan!

Anda pening kepala tak reti teknikal nak buat website ni dan tak sanggup nak buang masa lagi? Jangan risau saya boleh bantu anda.

Klik butang dibawah!

Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.