Sebagai pemilik bisnes anda kena tahu tujuan utama atau objektif orang datang ke website. Dah jadi lumrah kehidupan bila tak tahu je kita akan Google betul tak? Contohya, Resipi Nasi Ayam, pusat servis kereta berdekatan, servis buat website (saya lah tu) dan sebagainya.

Apa saja yang kita tak tahu kita akan Google dulu untuk dapatkan info kan? Semua maklumat kini mudah didapati di internet dan ada berjuta-juta website akan berikan info. 

Untuk post kali ini, kita bincangkan 5 Soalan Wajib Pelanggan Tentang Website Anda

Baca tentang 5 Sebab Pemilik Bisnes Mesti Berkawan Dengan Google.

1. APA TAWARAN WEBSITE ANDA?

Apabila pelanggan melayari website anda, benda pertama mereka nak tahu ialah apa yang kita sebagai pemilik bisnes cuba tawarkan.

Jadi anda kena pastikan laman utama atau home mempunyai ciri-ciri seperti TAJUK, GAMBAR atau VIDEO yang jelas untuk menarik perhatian mereka untuk terus ‘scroll’ ke bawah.

Ini penting untuk first impression atau pandang pertama pelanggan anda!

 Jika 3 element ni tiada website tu mesti ‘boring’ kan? Sebab pelawat nak tahu kena atau tidak dengan niat dia dulu. Barulah dia ‘stay’ dalam website kita.

 

2. BAGAIMANA TAWARAN ANDA MEMBANTU?

Seterusnya, pelanggan nak tahu apa kebaikan tawaran anda kepada mereka. Contohnya, jika mereka mencari penyelesaian masalah jerawat pastikan anda menawarkan produk menghilangkan jerawat.

Bila dia ada masalah jerawat, bila dia masuk website info yang kita kongsi mestilah relevan tentang cara hilangkan jerawat.

Kita sebagai owner bisnes perlu mudahkan dia untuk fahami tawaran kita pada dia dengan info yang lengkap.

 

3. BAGAIMANA TAWARAN ANDA BERKESAN?

Jika anda menawarkan sesuatu untuk pelanggan, pastikan anda menceritakan bagaimana keberkesanan produk atau servis anda kepada mereka.

Misalnya, PIXELLENSA STUDIO membantu usahawan membina branding secara atas talian (online) dengan menawarkan servis website design yang cantik dan berkualiti.

Jadi, bagi pemilik bisnes yang belum bertukar kepada online mereka memerlukannya untuk mengembangkan jenama mereka.

Saya perlu pastikan usahawan yang mencari cara untuk kembangkan perniagaan / bisnes mereka dapat info ini. Saya kongsikan manfaat dari servis buat website pada bisnes mereka.Seperti dapat luaskan pasaran di online platform dan sebagainya.

 

4. KENAPA PERLU PERCAYA WEBSITE ANDA

Dalam banyak-banyak website di dunia ini, kenapa pelanggan mesti pilih anda untuk membeli? Jadi anda perlu tunjukkan yang anda dapat membantu mereka menyelesaikan masalah mereka alami.

Tunjukkan testimoni untuk membuat mereka yakin dengan produk atau servis anda. Kongsikan testimoni-testimoni pelanggan yang berjaya dapatkan hasil selepas gunakan produk/servis anda dapat bantu tingkatkan kepercayaan mereka pada anda.

 

5. APA TINDAKAN SETERUSNYA

Setelah lama menelaah website anda, pastikan anda memberi arahan yang jelas untuk mereka teruskan berbisnes dengan anda. Letakan butang seperti ‘beli sekarang’, ‘hubungi sekarang’ dan sebagainya.

Bila mereka dah sedia dan cukup info barulah dia akan mula bertindak. Jadi dengan butang tersebut akan bawa mereka ke proses seterusnya. 

Okay dengan 5 soalan ni saya pasti anda akan tingkatkan lagi kadar conversion sale di website anda – insyaAllah. Semoga bermanfaat!

 

Nota kaki: Anda belum ada website untuk bisnes lagi? Jangan risau anda boleh upah orang buatkan. Nak upah saya pun boleh tapi anda kena bertindak sekarang sebelum harga meningkat 100%! Slot pun terhad untuk 3 orang jer. 🙂

Klik butang dibawah!

Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.