Logo merupakan salah satu penjenamaan atau branding untuk bisnes anda. Logo membezakan anda dengan pesaing anda, bagaimana orang ingat tentang bisnes anda. Tanpa logo bisnes ibarat bisnes anda tidak wujud dimata pengguna. Sebab manusia kan pelupa.
Sebelum ini saya ada berkongsi tentang 3 Cara Landing Page Membantu Tingkatkan Jualan.
Jadi untuk post kali ini, saya bincangkan 5 Tips Sebelum Buat Logo Bisnes. Teruskan membaca.
1. Kemas dan Mudah
Logo yang kemas bermaksud tidak kompleks tanpa sebarang elemen yang melampau (over). Logo mestilah mudah dilihat dan dibaca, ringkas dan minimalis. Lihat contoh logo jenama terkenal seperti Facebook, Nike dan Apple. Bahasa mudahnya dari jauh orang lihat pun dah tahu brand apa.
2. Original dan Unik
Elakkan mengunakan logo yang seakan-akan pesaing atau sedia ada. Keaslian atau original penting untuk timbulkan kepercayaan (trust) kepada pengguna bisnes anda. Anda mestilah mahu keunikan dan lebih terselah berbanding pesaing anda.
3. Copyright / Hak Cipta
Apabila logo bisnes anda sesuatu yang original dan unik, logo bisnes anda boleh di daftarkan sebagai hakcipta / copyright untuk mengelakkan jenama anda diciplak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Seterusnya boleh menyakinkan dan menambahkan kepercayaan pengguna anda. Nilai produk dan servis anda pun bertambah!
4. Menepati Niche Bisnes
Logo bisnes mestilah menepati niche bisnes atau bidang bisnes anda tawarkan kepada pengguna. Jika anda dalam bidang makanan logo hendaklah menggambarkan makanan. Contohnya, KFC, Burger King dan The Chicken Rice Shop. Jika tidak pengguna boleh tertipu jika logo tidak menggambarkan bisnes anda. Hati-hati ya!
5. Vector Format
Logo bisnes mestilah di hasilkan dalam vector format seperti .ai .eps .svg dan .pdf iaitu image yang dihasilkan secara formula matematik dalam software seperti Adobe Illustrator. Vector format boleh digunakan meluas untuk tujuan pencetakan, logo anda tak akan kelihatan pecah apabila dibesarkan dalam apa jua size. Penting tau bila nak print bisnes kad, banner, baju dan sebagainya.
Nota kaki: Bisnes anda belum anda website, aAnda tiada masa untuk buat website sendiri dan perlukan bantuan? Saya boleh bantu tapi slot sangat terhad mengikut keupayaan saya ya! 🙂
Klik butang dibawah!
Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee