Tak tahulah nak buat Facebook page. Itu alasan anda masih berbisnes menggunakan profil sendiri? Apa kata gunakan Facebook Page pula. Kenapa?
Ada banyak tools PERCUMA yang anda boleh gunakan untuk membantu bisnes anda yang tiada di profil ada sendiri.
+ Dapat chat sistem yang boleh di automasikan – MESSENGER
+ Boleh lihat prestasi semua pos-pos anda – INSIGHTS
+ Boleh jadualkan pos-pos anda – PUBLISHING TOOLS
+ Boleh kongsi info produk/servis anda – PAGE INFO
+ dan pelbagai lagi
Untuk post kali ini, saya kongsikan Cara Buat Facebook Page – Mudah dan PERCUMA.
1. CREATE PAGE
Buka applikasi FACEBOOK atau layari website FACEBOOK.
Cari icon + dan klik PAGE.
2. ISI MAKLUMAT PAGE
Isikan ‘nama bisnes atau brand anda’ dan maklumat bersesuaian dengan niche bisnes anda.
Klik SAVE.
3. UPLOAD GAMBAR PROFIL DAN COVER PAGE
Pilih gambar profil page anda yang bersesuaian. Jika ada LOGO lebih BAGUS.
Pilih gambar cover page bersesuaian dengan niche anda dimana anda boleh meletakan produk/servis terkini dengan maklumat yang ringkas.
SELESAI !
Kini anda boleh mula membina followers anda sendiri dengan menyiarkan pos-pos menarik dan berguna.
Baca juga 5 Kepentingan Website Untuk Bisnes
Berikut ada video untuk rujukan anda.
Anda mungkin juga berminat untuk membaca Cara Buat Katalog Produk Guna WhatsApp Business