Pada alaf 2020, kita boleh dikatakan kesemua perkara sudah kearah DIGITAL atau mudah kata ONLINE. Rata-rata rakyat Malaysia pun dah pandai ‘shopping’ secara ONLINE. Nak memohon atau mendaftar pun dah boleh buat secara online. Menonton wayang ONLINE. Makan pun boleh ‘ORDER’ secara ONLINE. 

Jadi disini kita dah tahu ada permintaan (demand) jika kita nak bekalkan (supply) sesuatu produk atau servis.

Di antara Kelebihan Buat Bisnes ONLINE ini ialah:

  • Masa bekerja yang fleksible
  • Boleh berniaga dimana-mana sahaja dengan adanya internet
  • Boleh di automasikan
  • Tidak perlu sewa kedai yang mahal
  • Pasaran meluas sehingga ke global

Untuk post kali ini, saya kongsikan Cara Mulakan Bisnes Online pada Tahun 2020.  Ikut 3 langkah awal ini sebelum anda mula bisnes online anda ye.

1. KENALI PASARAN ANDA (MARKET)

Bisnes atau perniagaan wujud disebabkan masalah. Kenali pasaran anda dengan mengetahui apa masalah yang di alami oleh pengguna.

Contohnya, komuniti di kawasan A mempunyai masalah mendapatkan bekalan ikan segar dan kedai di kawasan A mempunyai stok yang terhad. Anda sebagai penduduk di kawasan A boleh mengambil PELUANG ini untuk menjadi pembekal baru.

Perkara pertama yang anda perlu buat adalah mengkaji pasaran anda, barulah anda tahu nak mulakan bisnes apa.

 

2. SAMPAIKAN MESEJ ANDA

Selepas ketahui pasaran untuk bisnes anda, fikirkan apa kelebihan anda berbanding penjual lain. Apakah mesej yang anda ingin sampaikan kepada bakal pelanggan anda.

Jika anda menjual Ikan segar, anda boleh buat khidmat penghantaran sebagai nilai tambah. Ini membezakan anda dengan penjual lain!

Fikirkan sesuatu untuk memudahkan penguna atau pelanggan anda.

 

3. TENTUKAN MEDIUM PASARAN ANDA

Mesej dah jelas, barulah fikir dimana pasaran anda berada. Medium pemasaran online kini meluas;

a) Media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter

b) Marketplace seperti Shopee dan Lazada

c) Website. 

Baca 5 Kepentingan Website Untuk Bisnes

Pilih medium yang bersesuaian dengan pasaran anda.

Contohnya, jika anda menjual ikan segar untuk komuniti A, anda boleh sertai ‘Facebook Group’ komuniti A atau di kawasan berdekatan komuniti tersebut. Iklankan promosi anda di situ.

Hebahkan sebanyak mungkin yang tentang produk atau servis anda.

 

KESIMPULANNYA

“Nak berjaya ni bukannya sehari dua dan tidak mudah. Tetapi ianya tidak mustahil jika kita FOKUS dan tidak pernah berputus asa!”

P/S : Jika anda mahukan khidmat profesional untuk buat website boleh hubungi saya ye. 🙂

Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee

 

Sila share jika anda mendapat manfaat dari post ini.