Shopee & Lazada merupakan platform menjual & membeli secara ONLINE TERBESAR di Malaysia. Kedua-duanya adalah MARKETPLACE (pasar) dan salah satu contoh website e-dagang (e-commerce).
Di ‘marketplace’ ni lah, semua pengguna berkumpul untuk mencari barang-barang keperluan dan kehendak mereka.
“SEMUANYA ONLINE SEKARANG KENAPA BISNES MASIH OFFLINE?”
Dalam entri saya sebelum ini saya pernah bincangkan tentang 5 Kepentingan Website Untuk Bisnes
Untuk post kali ini, kita bincangkan pula 5 Sebab Peniaga Perlu Berniaga Secara Online.
1) JIMAT MASA & TENAGA
Pengguna boleh mencari produk dan servis yang dikehendaki dan membuat pembelian tanpa perlu ke kedai fizikal.
Dengan sistem borang pesanan (order form), penghantaran boleh dibuat setelah pesanan (order) dibuat.
2) PASARAN YANG MELUAS SEHINGGA KE PERINGKAT GLOBAL
Dimana-mana saja dengan akses internet anda boleh berniaga. Duduk di Kedah pun boleh menjual sehingga ke KL. Bukan saja di pasaran di Malaysia, pasaran anda juga boleh menembusi ke peringkat global.
Semua ini boleh dilakukan dengan adanya p
3) BISNES LEBIH SISTEMATIK
Adanya sistem pesanan (order form) semuanya lebih teratur dan telah diautomasi. Sebagai peniaga, anda tak lagi letih melayan pelanggan nak menjawab soalan yang sama.
4) JIMAT KOS
Bila berniaga secara online, anda tidak perlu untuk menyewa premis mahal-mahal. Tak perlu bayar sewa bulanan yang beribu ringgit. Anda hanya bermodalkan ilmu dan internet je!
Malah dengan wang sewa ini anda boleh gunakan untuk membuat iklan di Facebook ads dan juga Google ads. Dan lebih menguntungkan bukan?
5) MASA YANG FLEKSIBEL
Dengan berniaga secara online, masa anda lebih fleksibel kerana anda bebas melakukannya mengikut kehendak anda. Saya sendiri hanya berhubung secara online dengan klien saya yang rata-ratanya sibuk mengendali bisnes mereka.
Kini, tak hairanlah kalau suri rumah pun mampu membuat duit dari rumah tanpa perlu duduk di pejabat dari 9 pagi ke 6 petang.
Dengan 5 Sebab Peniaga Perlu Berniaga Secara Online dibicangkan anda hanya perlu mula bertindak sekarang!
Baca juga Cara Mulakan Bisnes Online Anda Sendiri
Anda pening kepala tak reti teknikal nak buat website ni dan tak sanggup nak buang masa lagi? Jangan risau saya boleh bantu anda.
Klik butang dibawah!
Anda mungkin berminat untuk Ketahui Cara Mula Berniaga di Shopee